Friday, April 1, 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Di sini saya nak share cerita serba sedikit pengalaman berada di Baitulmaqdis pada 3 - 5 March 2016.

Personally, sebelum ni saya pun tak berapa nak tahu secara mendalam peperangan antara Palestin-Israel. Memang complicated pun isu ni, kalau nak tahu anda kena baca sejarah pasal Palestin-Israel.

Yang biasa kita dengar ialah peperangan di GAZA. Isu kemanusiaan memang tak dapat disangkal lagi. Tiada belas kasihan oleh Israel membunah orang2 Palestin.

Perjanjian Oslo adalah antara perkara yang penting dalam sejarah Palestin-Israel. Masih diguna pakai hingga ke hari ini. Tapi korang tau lah, sifat orang munafik kalau berjanji tak ditepati. Itulah ibarat penjanjian Oslo ni, Israel dah banyak kali langgar perjanjian tapi masih tiada apa2 tindakan.

Secara ringkasnya Perjanjian Oslo termaktub tentang pembahagian kawasan antara Isreal-Palestin. Tetapi sehingga hari ini, Israel melanggar perjanjian tersebut dengan meluaskan tanah penempatan haramnya di kawasan penempatan Palestin.

Negara Palestin sekarang umpama sebuah penjara kerana seluruh jalan keluar masuk ke Palestin dikuasai oleh Israel. Palestin seolah-olah tiada kuasa pemerintahan, pintu keluar masuk sempadan semuanya dikuasai Israel.


Ziarah Baitulmaqdis?


Ramai orang tanya boleh ke nak pergi Baitulmaqdis? Boleh ke orang Malaysia masuk Israel? Tak takut ke? tengah perang kan kat sana?

Sejak kebelakangan ini (5 tahun kebelakangan) makin ramai orang2 Islam ziarah ke Baitulmaqdis. Sudah banyak pakej ziarah ke Baitulmaqdis oleh travel tour agensi dan ustaz2 di Malaysia.

So far dah takde perang lagi area ni, tapi kadang2 masih terjadi kejadian polis Israel tangkap orang Palestin kerana dituduh membawa senjata, ada juga yang dipukul dan ditembak.

Kenapa dulu2 takde orang Islam pergi? Ya, memang dulu keadaan masih bergolak, banyak risiko, dan orang Islam juga ditakut2kan orang Israel, sebabnya kalau ramai orang Islam ziarah ke Baitulmaqdis maka kita akan dapat lihat sendiri kekejaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Isreal keatas orang Palestin. 

Maka sehingga hari ini seboleh-boleh-nya Israel akan menyusahkan orang Islam untuk sampai ke Baitulmaqdis.


Hukum & Realiti..


Ada juga pendapat ulama yang memberi fatwa haram pergi ke Baitulmaqdis. Sebab kalau anda masuk ke Baitulmaqdis anda akan menyumbang kepada ekonomi Israel. Anda boleh search hujah ulama yang mengharamkan dan mengharuskan ziarah ke Baitulmaqdis. Boleh juga refer link ini: Hukum ziarah Baitulmaqdis

Relalitinya saya dimaklumkan oleh tour guide kami (Kasem Abu Teen) bahawa orang Palestin sangat2 berharap umat Islam datang ke sini. Masjid Al-Aqsa adalah milik seluruh umat Islam, bukan hanya orang Palestin. Kita juga dapat menyumbang kepada ekonomi orang Palestin. Mereka juga perlukan sokongan ekonomi seperti pelancongan dan perniagaan. 

Maka terpulang kepada niat masing2. Tak perlu nak berbalah. Dengan izin Allah SWT, apabila kita ziarah ke Baitulmaqdis kita akan lebih menghayati sejarah Islam terdahulu hingga masa akan datang. Peristiwa penting israk mikraj, kisah nabi-nabi terdahulu hinggalah perkara akan datang (semuanya disebut dalam Al-Quran & hadis) terdapat disini.


Sumber UTUSAN MALAYSIA:
kedatangan-umat-islam-bantu-ekonomi-palestin

Passport Malaysia


Secara dasarnya memang kerajaan Malaysia tak iktiraf negara Israel. Dalam passport M'sia dah terang jelas "This passport is valid for all countries except Israel"

Yang pasti kita bukan nak pergi Israel pun. Tetapi oleh kerana pintu keluar masuk sempadan semua dikuasai Israel, maka terpaksa lah juga lalu pihak berkuasa Israel. Saya pun tak pasti atas dasar undang2 apa yang diguna pakai.

Kita hanya perlu mohon visa sebelum datang, dan pihak berkuasa Israel tak akan cop passport M'sia. Kita hanya akan diberi border pass. 



Allenby Bridge (border)


Biasanya orang luar akan masuk melalui negara Jordan. Saya juga difahamkan orang Palestin pun hanya boleh keluar masuk melalui border ini sahaja. So, orang Palestin memang tak ada airport. Kena guna jalan darat naik bas.

Allenby Bridge merupakan sempadan yang menghubungkan Jordan dan Tebing Barat (West Bank). Tiada masalah untuk melepasi Immigration Jordan, tapi kebiasaannya orang Islam akan ada sedikit masalah untuk melepasi pihak berkuasa Israel di sebelah West Bank. Pemeriksaan keselamatan yang sangat2 ketat.

Lepas selesai cop passport dengan Immigration Jordan, kena naik bas untuk ke border West Bank. Perjalanan kurang 30 minit. Sampai je di terminal arrival kena pulak melalui pihak berkuasa Israel.

Saya datang ziarah berempat bersama ibu, bapa dan adik perempuan. Kami sudah diberitahu lebih awal oleh tour guide di Jordan untuk hanya bawa beg pakaian yg kecik cukup utk 3 hari 2 malam. Ini bagi memudahkan perjalanan dan pemeriksaan keselamatan nanti.

Pengalaman saya ditahan pihak berkuasa Israel, agak membuatkan saya kecut perut. Tapi Alhamdulillah kurang setengah jam ditahan semuanya settle. Adalah menjadi kebiasaan orang Islam ditahan 1-2 jam tanpa apa2 sebab. 

Walaupun anda dah dapat visa sebelum datang, belum tentu anda dibenarkan masuk. Maka buat lah persediaan mental dan backup plan yang sewajarnya jika anda tak dibenarkan masuk.



Gambar: Sumber Internet




Jericho


Selepas selesai proses immigration, tour guide Palestin sedia menunggu kami di luar dan kami terus ke Jericho.

Jericho merupakan kawasan dibawah pentadbiran Palestin. Merupakan kota tertua di dunia dan juga kota yang berada paling bawah daripada aras laut.






Jericho juga terletaknya makam Nabi Musa A.S. Kami ziarah ke Masjid dan Makam Nabi Musa. (dalam perjalanan balik sebenarnya)







Masjid dan Makan Nabi Musa A.S


Jerusalem


Jerusalem atau juga dikenali sebagai Baitulmaqdis merupakan kota yang suci bagi agama Islam, Yahudi dan Kristian.

Mengikut sejarah, Baitulmaqdis pernah berada dibawah pemerintahan Islam dan juga Kristian.

Khalifah Umar Al-Khatab yang mula sekali membangunkan masjid di Baitulmaqdis. Selain itu antara kerajaan Islam lain yang berjaya menawan Baitulmaqdis ialah Salahuddin Al- Ayyubi dan Turki Uthmaniyyah.

Saya difahamkan Jerusalem Barat adalah milik Israel manakala Jurusalem Timur milik Palestin.

Ketika berada di sini cuaca agak sejuk dan berangin (15-20°c). Tidak begitu memenatkan bila berjalan jauh.

WIKI Baitulmuqaddis

Pemandangan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dari Jabar Zaitun.




Tabung derma di dalam Masjid Al-Aqsa

Antara tempat ziarah di Baitulmaqdis ialah Jabar Zaitun, Makam Salman Al-farisi dan Makam Rabiatul Adawiyah.





Masjid Al-Aqsa


Masjid Al-Aqsa agak berbeza dengan Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi Madinah daripada segi jemaah.

Jemaah di sini tidaklah terlalu ramai dan sesak. Mungkin kerana sekatan yang dilaksanakan oleh pihak Israel.

Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum di perintahkan oleh Allah SWT untuk mengadap Kaabah.

Terdapat 10 pintu masuk ke kompleks Al-Aqsa, pintu-pintu tersebut dikawal oleh polis Israel. Terdapat beberapa masjid di dalam kompleks Al-Aqsa iaitu Masjid Al-Aqsa, Dome of the Rock, manakala yang di bawah tanah pula ialah Masjid Buraq, Masjid Marwani, Masjid Sulaiman.


Gambar Sumber Internet: Kawasan keseluruhan Kompleks Al-Aqsa, terdapat beberapa buah masjid dan ada juga yang di bawah tanah.


Secara umumnya keseluruhan tapak berwarna kuning itu ialah Masjid Al-Aqsa. Tetapi secara khususnya Masjid Al-Aqsa (tempat solat utama) adalah kubah yang berwarna kelabu. 


Gambar Sumber Internet: Kedudukan Masjid utama Al-Aqsa dan Dome of the Rock.






Gambar bersama Sisters of Palestine




Alhamdulillah kami diperkenalkan oleh Kasem kepada Imam Masjid Al-Aqsa. Beliau membawa kami ke pejabat beliau. Di situ juga terdapat kelas pengajian Al-Quran. Paling bertuah di pejabat imam itu ada makam Nabi Sulaiman. Boleh lihat video bawah (minit terakhir).


Gambar bersama Imam Masjid Al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah


Masjid Utama Al-Aqsa di Malam Jumaat

Dome of the Rock merupakan masjid yang paling menyerlah di dalam Kompleks Al-Aqsa. Oleh kerana kubah yang disaluti emas, dari arah mana sekalipun mata kita akan terus menuju ke arah Dome of the Rock. Kubah emas ini disumbangkan oleh Raja Jordan. Ia juga membuatkan orang yahudi cemburu dengan kecantikannya.

Dome of the Rock bukanlah tempat solat utama Al-Aqsa, tetapi untuk solat Jumaat ia merupakan tempat solat untuk kaum wanita.




Dome of the Rock di Malam Jumaat



Hari Jumaat di Masjid Al-Aqsa agak berbeza dengan hari2 yang lain. Jemaah dari luar Jerusalem akan datang solat Jumaat di sini. Lepas solat Jumaat akan diadakan solat jenazah (jika ada) dan terus kepada solat jamak.

Dapat dilihat kehadiran lebih ramai polis Israel pada hari Jumaat. Saya dimaklumkan banyak kereta orang Palestin yang akan di saman kerana parking di tepi jalan.

Sudah menjadi lumrah polis Israel suka mencari pasal dengan orang Islam. Seboleh-bolehnya akan mencari apa jua kesalahan yang boleh menyusahkan orang Palestin.

Van yang kami naiki juga ditahan oleh polis Israel. Driver warga Palestin (Jamal) di saman kerana ibu saya tidak memakai tali pinggang keselamatan di bahagian belakang. Jumlah saman ialah 250 shekel. Kami bersimpati dan memberi wang tersebut kepada Jamal. Lesen boleh digantung jika mencapai merit point yang ditetapkan.

Saya diberitahu tanah dan rumah orang Palestin juga dirampas atas alasan spesifikasinya tidak mengikut undang2. Ada juga orang Israel yang menawarkan untuk membeli tanah orang Palestin. Inilah cara mereka nak menghalau orang Palestin. 




Suasana lepas solat Jumaat






Alhamdulillah dapat 2 kali solat Subah berjemaah di Masjid Al-Aqsa. Pintu untuk masuk ke perkarangan masjid hanya akan di buka oleh polis Israel pada 4 pagi iaitu lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktu subuh.








Kami berjalan kaki lebih kurang 20-30 minit daripada hotel ke Al-Aqsa. Perjalanan melalui kawasan old city seperti arab street. Cuaca sejuk di awal pagi, maka tak begitu penat untuk berjalan kaki.



Laluan daripada Masjid Al-Aqsa ke hotel penginapan

Tempat beribadat orang yahudi, hanya disebalik dinding Kompleks Al-Aqsa

Orang yahudi beribadat mengadap Buraq Wall

Hebron


Satu lagi kawasan di bawah pentadbiran Palestin ialah Hebron. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Baitulmaqdis. Hebron terletaknya makam dan kubur Nabi Ibrahim A.S. dan keluarganya (Siti Sara, Nabi Ishak, dll).


Makam Nabi Ishak A.S



Makam Nabi Ibraham A.S

Masjid Nabi Ibrahaim A.S


Makam Nabi Ibrahim dibahagikan kepada dua bahagian Yahudi dan Islam. Sebelah dinding pintu tu adalah kawasan orang Yahudi yang juga mempercayai Nabi Ibrahim bapa kepada nabi-nabi.


Di Hebron juga terletaknya makam Nabi Yunus yang sejarahnya ditelan oleh ikan paus. Bandar Halhaul ialah tempat yang dikatakan Nabi Yunus pernah menetap disini selama satu tahun. Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan paus. Eloklah diamalkan.




Makan Nabi Yunus A.S



Banyak lagi tempat-tempat yang boleh diziarahi. Bergantung kepada berapa lama anda berada di Palestin.


Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada saya.

Wassalam.

8 comments:

  1. Assalamualaikum..sy nak tanya..encik pegi ziarah palestine skali umrah ke.. ? Atau ziarah je? Pakej apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lihat dilaman web kami http://www.alcctravel.com untuk ziarah baitulmaqdis dan kami ada trip setiap bulan..

      Delete
  2. Assalamualaikum..sy nak tanya..encik pegi ziarah palestine skali umrah ke.. ? Atau ziarah je? Pakej apa ye

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg menarik..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya mohon untuk share ya :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum En Faiz,
    En Faiz pergi melalui travel agent dia jordan ke.?
    Boleh share contact tak.?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, saya mohon untuk share ya :)

    Saya kesana dengan ALCC Al Amin Travel

    ReplyDelete
  7. The good news: Casino | Dr.MCD
    The 부산광역 출장샵 good news: 서귀포 출장마사지 Casino is back 군포 출장샵 in good shape. A few months ago, 영천 출장샵 Casino was the first destination to go online, and it's not just a 밀양 출장마사지 place to relax.

    ReplyDelete